INFO WASIAT

 

Khas Untuk Perunding  Wasiat Syihab ARB

 

 

Dr Nik Rahim bin Nik Wajis dilahirkan pada 16hb Oktober 1963 di Batu 35 Batu Balai Jerantut Pahang. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Damak Jerantut Pahang pada tahun 1970. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama Dong, Raub Pahang. (1977 -  1982.) Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, Dr Nik Rahim  telah melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Sekolah Tinggi Ugama Sultan Abu Bakar Pekan Pahang. Setelah memperolehi Sijil Tinggi Ugama pada tahun 1984, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir di dalam bidang  Syariah. Sebaik menamatkan pelajaran beliau di Universiti Al-Azhar Mesir beliau terus diterima berkhidmat di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1990 sebagai Penolong Pensyarah. Pada tahun 1991, pihak UIAM telah menghantar beliau ke Glasgow Caledonian University, Scotland, UK untuk mengikuti Ijazah Kedoktoran. Beliau kembali ke UIAM setelah menamatkan pengajian dengan jayanya pada tahun 1996 ketika usia mencecah 33 tahun. Beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarbangsa Malaysia  sehingga tahun 1999. Pada penghujung tahun 1999 beliau mendapat tawaran untuk berkhidmat di Jabatan Syariah, Universiti Brunei Darussalam dan telah berkhidmat di sana sehingga tahun 2005.

Setelah berkhidmat selama 6 tahun di Negara Brunei Darussalam, beliau mengambil keputusan untuk memulakan langkah ke dalam bidang perniagaan dan memilih bidang Perunding Kewangan Islam sebagai produk untuk dipasarkan. Dr Nik Rahim Nik Wajis adalah merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd (SYIHAB) yang ditubuhkan pada 14 Oktober 2005. 

Bermula dari 1hb Februari 2008, Dr Nik Rahim telah ditawarkan berkhidmat dengan sebuah syarikat milik penuh Kelab Taqwa Malaysia (KTM) iaitu Business Time Dina Holding Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Pan Pheonix Dina Holding Bhd sebagai Pengarah Jabatan Polisi, Presiden Asia Barat dan juga yang terbaru Pengurus cawangan Business Time Dina Sdn Bhd di Alor Setar Kedah.

Bermula pada 1hb July 2009, Dr Nik Rahim Nik Wajis memulakan tugas baru bersama kekanda beliau, Ust Nik Mohd Azam Nik Wajis yang lebih dikenali sebagai Poknik. Dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif bagi Rebutia Dperkasa Sdn Bhd, Dr Nik Rahim terlibat di dalam mengendalikan program Motivasi termasuk team building program untuk korporat dan kerajaan serta para pelajar di semua peringkat

Home
Text Box: Wasiat Amanah Raya

Selamat Datang

 

Welcome

 

Syihab Excellence Agency

Perunding  ETIQA Takaful

 

affiliate_link
AWeber - Email Marketing Made Easy
Rebutia DPerkasa
asp hit counter

Powered by:

Anda Adalah Pelawat yang Ke

Designed by:

Supported by:

Selamat Menyambut 
Ramadhan 
Al Mubarak Dari Kami di
Syihab Excellence Agency

ShoutMix chat widget

Berkelanan Dengan Pengasas Syihab Excellence Agency Sdn Bhd